Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Pengunduran

Apakah itu pengunduran?

Pengunduran (retracement) ditakrifkan sebagai perubahan sementara dalam pergerakan harga yang bertentangan dengan arah harga utama suatu instrumen kewangan, seperti Forex, saham, emas, indeks, dsb. Selepas pengunduran, harga akhirnya kembali meneruskan trend keseluruhan.

Oleh kerana pengunduran tidak melibatkan perubahan yang besar, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan betapa ia bersifat sementara. Jika tidak, pedagang boleh tertipu dengan pengunduran kecil ini dan mengambil langkah yang merugikan dalam perdagangan mereka.

Pengunduran secara ringkas

Pengunduran boleh digambarkan sebagai satu gangguan sementara pada trend. Walau bagaimanapun, ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam proses naik dan turun harga yang berterusan.

Pemain pasaran perlu tahu cara mengenal pasti pengunduran untuk mendapatkan lebih banyak urusniaga yang untung. Sebagai contoh, mereka boleh memberikan perhatian kepada apa yang dipanggil candlestick yang was-was (dengan bahagian atas dan bawah yang panjang). Faktor-faktor lain termasuklah "short interest" (ia tidak mengalami perubahan jika yang berlaku hanyalah pengunduran) atau volum urusniaga perdagangan.

Selain itu, terdapat kaedah seperti pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracements) di dalam analisis teknikal. Ia membantu untuk menentukan aras-aras sokongan dan rintangan yang penting. Dengan pengetahuan ini, pedagang boleh mengenal pasti titik masuk, menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung dan meramalkan pergerakan yang menentang arah trend.

Pengunduran (retracement) dan penyongsangan (reversal): perbezaannya

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengunduran ialah perubahan harga yang sementara pada trend harga. Sebaliknya, penyongsangan adalah apabila satu trend berakhir dan satu lagi trend baru bermula: dengan kata mudah apabila trend harga keseluruhan mengalami perubahan yang ketara.

Dalam kes ini, harga berkemungkinan besar akan berterusan bergerak dalam arah itu untuk tempoh yang panjang. Ia contohnya suatu uptrend yang bertukar menjadi downtrend atau sebaliknya.

Tambahan lagi, pengunduran secara praktikalnya tidak melibatkan perubahan fundamental. Sebagai alternatif, penyongsangan biasanya datang bersama dengan perubahan pada fundamental atau memberikan petunjuk tentang perubahan yang boleh berlaku. Akhir sekali, sila maklum bahawa adakalanya sukar untuk membezakan dengan segera sama ada apa yang sedang berlaku adalah pengunduran yang sementara dan perubahan harga yang sedikit atau jika ianya satu penyongsangan trend. Itulah sebabnya ia memakan masa sebelum anda benar-benar sedar bagaimana anda harus bertindak dalam sesetengah kes.

Jika anda tidak pasti sama ada ia adalah pengunduran sementara atau penyongsangan sebenar, anda sentiasa boleh mengurangkan risiko dengan Renti Rugi.

146_1.png

1 – Pengunduran

2 – Penyongsangan

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.