Sertai promo FBS
Osilator adalah alat analisis teknikal, indikator yang membantu pedagang meramal trend pasaran dan, oleh yang demikian, harga. Bot-bot khas boleh dibina untuk membantu perdagangan dengan osilator: memantau pergerakan pasaran melalui indikator, ia memberikan signal untuk membeli atau menjual aset.
Kebiasaannya, indikator perdagangan ini digunakan bersama dengan alat-alat analisis teknikal lain untuk membuat keputusan perdagangan. Berdasarkan pengalaman penganalisis, osilator menunjukkan prestasi yang baik apabila trend yang jelas sukar ditemui, contohnya, apabila suatu saham sedang didagangkan mendatar.
Strategi perdagangan osilator yang terbaik untuk digunakan bergantung pada keadaan. Sungguh pun begitu, osilator yang paling meluas digunakan ialah:
Jika anda memutuskan untuk menggunakan suatu osilator, dua nilai harus dipilih. Kemudian, osilator diletakkan di antara keduanya untuk mencipta indikator trend. Indikator ini menggambarkan keadaan pasaran yang terkini untuk aset yang telah anda pilih. Apabila osilator beralih lebih dekat kepada nilai yang tertinggi, aset tersebut dianggap sebagai terlebih beli. Jika tidak, aset itu dianggap terlebih jual.
Dalam analisis teknikal, osilator diukur pada skala peratusan dari 0 hingga 100. Indikator osilator dipaparkan pada satu carta interaktif yang berasingan.
Osilator mempunyai satu garisan yang malar: garisan sifar. Terdapat juga 2 garisan yang perlu dipilih secara berasingan: ia adalah garis terlebih beli dan terlebih jual. Untuk mencari garis-garis ini, seorang pedagang perlu menganalisis sejarah indikator tersebut dan sejauh manakah julat pergerakannya.
Walaupun secara relatifnya ia boleh dikatakan mudah dan ringkas, indikator osilator boleh memberikan beberapa signal selain daripada beli atau jual kepada seseorang pedagang. Yang paling lazim antaranya ialah:
Signal hanya tepat apabila harga sekuriti pendasar berada dalam julat yang ditentukan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan mengelirukan apabila penembusan harga berlaku. Ini boleh mengakibatkan harga bergerak melepasi julat yang sedang mengepung pasaran mendatar ketika itu atau mencetuskan permulaan suatu trend yang baharu.
Untuk memahami osilator yang mana yang paling sesuai untuk situasi tertentu, anda perlu mengetahui kekuatan dan kelemahannya.
Terdapat 2 jenis indikator osilator:
Secara keseluruhan, indikator utama menunjukkan prestasi terbaik dalam pasaran mendatar, manakala indikator lamban harus digunakan semasa pasaran sedang dalam trend, kerana ia memberikan signal selepas perubahan harga jelas membentuk suatu trend. Menggunakan indikator lamban menyebabkan pembelian dan penjualan yang lewat, tetapi ia mengurangkan risiko secara ketara.
Manfaat-manfaat alat teknikal termasuk:
Mari kita lihat salah satu indikator osilator yang paling biasa digunakan dalam perdagangan – Indeks Kekuatan Relatif (RSI).
RSI membezakan saiz keuntungan terkini dengan dinamik kejatuhan terkini. Sama seperti penggunaan strategi osilator stokastik, sebagai contoh, RSI boleh mengenal pasti situasi terlebih jual dan terlebih beli suatu aset. Juga, ia dianggap sebagai salah satu osilator terbaik untuk perdagangan intrahari.
Indikator RSI mempunyai julat 0 hingga 100. Apabila nilai indikator mencapai atau menghampiri 70, suatu aset dikatakan terlebih beli. Dalam situasi ini, para pedagang kerap kali membuka posisi short untuk mendapatkan untung. RSI menunjukkan aset terlebih jual yang mungkin berbaloi untuk dibeli jika ia menghampiri tahap 30. Oleh itu, apabila RSI melebihi tahap terlebih beli, adalah tidak bijak untuk membeli suatu aset. Apabila osilator ini berada di bawah aras terlebih jual, elakkan daripada menjual.
Indikator ini juga boleh digunakan untuk mengikuti trend. Selagi RSI bergerak ke atas, harga aset tersebut akan terus meningkat. Selagi RSI menurun, ia memulakan semula trend bearish.
Penggunaan indikator osilator amat membantu untuk mengenal pasti poin masuk dan keluar yang penting, terutamanya apabila digabungkan. Ia boleh dilihat sebagai contoh pengalaman perdagangan kerana ia biasanya dibangunkan oleh pengurus-pengurus yang terdiri daripada para pedagang yang aktif. Dengan menggunakan indikator ini, anda boleh mencari julat perdagangan yang selesa dan memahami bagaimana pedagang berpengalaman boleh masuk dan keluar pasaran sebelum pelabur yang tipikal.