CFD, atau kontrak untuk perbezaan (contract for difference), membolehkan anda menukar perbezaan nilai aset tertentu dari saat anda membuka kontrak sehingga anda menutupnya. Secara ringkasnya, anda memperoleh keuntungan daripada perbezaan harga aset kewangan.
Dengan kontrak ini, anda boleh berdagang indeks, saham, niaga hadapan, komoditi, matawang – atau lebih mudah lagi, apa sahaja. Harga CFD adalah harga sesuatu aset, dan sekiranya harga aset tersebut menaik, begitu juga dengan harga CFD. Fitur utama perdagangan CFD adalah anda tidak memiliki aset tersebut: sekiranya anda berdagang minyak atau emas, anda tidak memegangnya secara fizikal.
Anda perlu ketahui apabila anda berdagang CFD, anda tidak berdagang aset sebenar. Sebaliknya, anda membuat spekulasi harga aset yang didagangkan itu.
Dengan CFD, anda berdagang beberapa nilai unit tertentu. Anda mempunyai 2 pilihan.
Satu hal yang penting mengenai CFD ialah ia adalah produk yang berleveraj. Leveraj adalah nisbah antara jumlah wang yang anda depositkan dan jumlah sebenar yang anda boleh gunakan dalam perdagangan. Katakanlah, jika leveraj adalah 1:100, ini bermakna anda boleh beroperasi dengan pesanan 100 kali lebih besar daripada jumlah deposit anda.
Dalam erti kata lain, apabila ia berkaitan dengan CFD, anda perlu mendepositkan peratusan kecil daripada nilai sebenar aset – bermakna, anda tidak perlu mendepositkan beberapa ribu dolar untuk mengakses dagangan emas, yang bernilai $1790 satu auns. Deposit permulaan yang anda gunakan untuk membuka posisi CFD dipanggil margin.
Sebagai contoh, anda mahu membeli 10 auns emas CFD. Sekiranya emas sedang didagangkan pada harga $1,790 per auns, keseluruhan amaun CFD akan bernilai $17,900. Tetapi jika anda menggunakan leveraj 1:100, anda hanya perlu membelanjakan $179 sahaja. Dan sekiranya harga emas meningkat, sebagai contoh, $1,800 per auns, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak $100. Memandangkan deposit permulaan anda hanyalah $179, ini merupakan hasil yang sangat baik.
Ia adalah kelebihan yang sangat baik jika anda tidak mempunyai amaun permulaan pelaburan yang signifikan dalam perdagangan. Namun, perlu diingat walaupun berdagang dengan leveraj dan margin akan meningkatkan potensi keuntungan anda, ia juga akan mendedahkan anda kepada lebih risiko dan kerugian yang signifikan.
Pertama sekali, penglibatan dengan apa sahaja aktiviti perdagangan akan mendedahkan anda dengan risiko. Tetapi secara amnya, strategi perdagangan ini adalah disarankan hanya kepada para pedagang berpengalaman dan profesional. Semestinya, berdagang dengan CFD akan memberikan keuntungan yang lumayan. Tetapi keuntungan yang tinggi hadir bersama risiko yang tinggi. Risiko tersebut adalah bergantung kepada jenis aset yang anda pilih untuk CFD anda, samada is meruap atau tidak dan adakah situasi global akan memberikan impak kepada harga aset tersebut. Harus diingat juga apabila anda berdagang dengan leveraj ia akan memberikan anda jalan terbaik untuk membuat lebih keuntungan, tetapi anda juga boleh berhadapan dengan kerugian yang besar apabila urusniaga anda tidak menjadi.
Oleh itu, kita boleh katakan perdagangan CFD adalah jenis perdagangan yang sangat maju dan memerlukan pemahaman yang jelas tentang cara pasaran berfungsi dan keupayaan untuk menganalisis dan meramalkan turun naik harga. Berdagang CFD tanpa strategi dan pelan pengurusan risiko yang baik adalah tidak selamat dan boleh membawa kepada keputusan yang tidak menyebelahi anda.
Apabila anda berdagang aset yang biasa tanpa menggunakan leveraj, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah nilai aset yang anda mahu miliki tersebut. Tetapi dengan CFD, ia cuma serendah 5%. Selain dari itu, keperluan margin minimum boleh menjadi kurang daripada 1%, bergantung pada leveraj. Ini bermaksud anda akan kurang membelanjakan wang, tetapi menerima lebih banyak keuntungan sekiranya urusniaga anda berjaya. Perlu diingat bahawa leveraj yang lebih tinggi bermaksud kerugian yang lebih tinggi dagangan tersebut tidak memihak kepada anda.
Hari demi hari, dunia perdagangan semakin berkembang, jadi CFD kini tersedia dalam pasaran atas kaunter di seluruh dunia. Mencari broker CFD juga tidak menjadi masalah kerana mereka menawarkan produk mereka di semua pasaran utama dan tidak sukar untuk anda mencari platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan CFD.
Jika anda gemar melakukan short selling, anda mungkin pernah berhadapan dengan pasaran yang tidak membenarkannya. Sesetengah pasaran juga memerlukan pedagang untuk meminjam aset terlebih dahulu sebelum membenarkan pedagang untuk menjualnya. Tetapi dengan CFD anda tidak akan berhadapan dengan masalah ini kerana anda sebenarnya tidak memiliki aset pendasar tersebut.
Broker CFD jarang mengenakan fi atau komisen tambahan. Pada kebiasaanya mereka membuat keuntungan daripad spread yang bergantung kepada kemeruapan aset. Tetapi sebagai peraturan, broker ini tidak mempunyai tabiat membebankan para pedagang dengan bayaran yang tidak dijangka dan tidak wajar.
Broker CFD tidak meletakkan had amaun urusniaga yang boleh dilakukan oleh para pedagang untuk tempoh satu hari, ataupun mereka juga tidak menetapkan syarat untuk mempunyai keperluan modal minimum untuk perdagangan harian. Anda boleh berdagang sebanyak yang anda mahu setiap hari, anda hanya perlu memastikan akaun anda sudah menepati syarat deposit minimum.
Terdapat pelbagai aset tersedia untuk perdagangan CFD, bermula dari saham dan matawang dan diakhiri dengan minyak dan emas. Ini akan membantu para pedagang untuk mempelbagaikan portfolio mereka dan juga akan memberikan alternatif selain daripada pasaran pertukaran tradisional.
Tidak seperti pasaran tradisional yang memerlukan pedagang membayar fi, komisen, kawal seliaan dan kos-kos lain, pedagang CFD perlu membayar spread apabila mereka masuk dan keluar dari posisi dagangan mereka. Ini tidak membenarkan pedagang untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan kecil dan juga mengurangkan jumlah keuntungan yang mereka boleh perolehi daripada perdagangan yang berjaya. Spread juga akan menambah amaun kerugian yang pedagang hadapi ketika urusniaga yang tidak berjaya. Kos spread adalah sumber pendapatan utama broker ini, jadi anda perlu ingat berkenaannya apabila membuat keputusan untuk strategi perdagangan anda.
Perdagangan CFD adalah perniagaan yang mempunyai risiko yang agak tinggi. Seperti yang kami telah terangkan, terdapatnya risiko leveraj. Walaupun leveraj membantu anda mendapatkan lebih banyak keuntungan, ia juga boleh meletakkan anda dalam kerugian yang besar jika perdagangan anda tidak berjaya. Terdapat juga risiko mendapat margin call jika anda gagal mengekalkan margin akaun anda. Jika anda tidak berhati-hati, broker anda mungkin menutup posisi anda, yang berpotensi menyebabkan anda mengalami kerugian yang agak besar. Dan sekiranya pasaran tidak stabil, perkakas pengurusan risiko juga akan gagal untuk menyelamatkan anda. Jadi anda perlu sentiasa memantau dengan teliti urusniaga CFD anda.
Katakan, saham X kini didagangkan pada harga $11 untuk setiap saham. Anda mahu membeli 1,000 CFD kerana anda menjangkakan harganya akan meningkat dalam tempoh terdekat. Untuk melakukannya, anda memutuskan untuk menggunakan leveraj. Broker anda menawarkan leveraj 1:100 dengan margin permulaan yang diperlukan ialah 1%. Ini bermakna anda hanya perlu deposit sebanyak $110 ke dalam akaun anda (1,000 x $11 x 1%).
Katakan, jangkaan anda tepat dan kini saham X boleh dijual pada harga $11.4. Selepas anda menutup posisi anda, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak $400. Sudah tentu, anda juga akan dicaj 0.1% apabila anda membuka atau menutup posisi anda, jadi anda perlu membayar $11 dan $11.4 (1,000 unit x harga x 0.1%) daripada keuntungan anda. Akhirnya, anda telah berjaya mengubah deposit awal anda sebanyak $110 kepada $377.6.
Ya, dan banyak yang anda boleh perolehi. Tetapi jika anda membuat keputusan untuk berdagang CFD, jangan dilupakan potensi risiko yang bakal anda hadapi. Ia bukan strategi yang selamat untuk para pemula, jadi anda perlu mempunyai pengalaman yang luas sebelum memutuskan untuk menceburkan diri.
Berdagang kontrak dengan perbezaan adalah kaedah yang baik untuk memasuki pasaran tanpa memerlukan amaun pelaburan awal yang signifikan. Anda perlu ingat tentang perangkap yang ada di sebalik leveraj yang tinggi, tetapi dengan pendekatan yang betul dan berhati-hati, CFD boleh menjadi penembusan yang ketara untuk kewangan anda. Semak senarai aset CFD yang tersedia di spesifikasi kontrak.