Sertai promo FBS

Dapatkan ganjaran 100%, dari gajet hingga kereta, dan menangi cabutan bertuah dengan prize pool $150K.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Perdagangan Algoritma - Maksud, Kegunaan, dan Faedah

Perdagangan algoritma, sering disebut sebagai perdagangan algo, adalah kaedah melaksanakan pesanan menggunakan pengautomasian arahan-arahan trading yang telah diprogramkan terlebih dahulu. Arahan-arahan ini merangkumi pembolehubah seperti masa, harga, dan volum, yang membolehkan trader membuat keputusan dengan cepat dan tepat di pasaran kewangan. Pendekatan yang canggih ini memanfaatkan algoritma dan model matematik yang kompleks untuk menganalisis data pasaran dan melaksanakan urusniaga pada masa yang optimum, selalunya dalam masa kurang sesaat.

Apakah Itu Perdagangan Algoritma?

Perdagangan algoritma melibatkan penggunaan algoritma komputer untuk mengautomasikan strategi trading. Algoritma-algoritma ini boleh terdiri daripada sistem yang berasaskan peraturan yang mudah sehinggalah kepada model matematik kompleks yang cuba meramalkan pergerakan pasaran. Objektif utamanya adalah untuk mengambil kesempatan daripada situasi pasaran yang biasanya sukar untuk dieksploitasi dengan trading secara manual.

Secara dasarnya, perdagangan algoritma menggunakan teknik pengaturcaraan dan matematik yang canggih untuk menganalisis sejumlah besar data pasaran, mengenal pasti peluang-peluang untuk berurusniaga, dan melaksanakan urusniaga dengan lebih cekap daripada peniaga manusia. Kaedah ini digunakan oleh pelbagai peserta pasaran, termasuk pelabur institusi, dana lindung nilai, dan trader individu, untuk mencapai harga pelaksanaan yang lebih baik dan untuk melaksanakan strategi trading yang canggih.

Bagaimana Cara Menggunakan Perdagangan Algoritma?

Melaksanakan perdagangan algoritma melibatkan beberapa langkah utama:

  1. Pembangunan Strategi: Langkah pertama adalah untuk membangunkan strategi trading berdasarkan data sejarah dan analisis pasaran. Strategi ini boleh berdasarkan penunjuk teknikal, model statistik, atau isyarat pasaran lain. Trader sering menguji strategi mereka menggunakan data sejarah untuk menilai daya maju strategi tersebut.
  2. Pengaturcaraan Algoritma: Apabila strategi sudah dibangunkan, ia perlu diterjemahkan ke dalam bentuk algoritma komputer. Ini biasanya memerlukan kemahiran pengaturcaraan dalam bahasa seperti Python, R, C++, atau Java. Algoritma tersebut mesti direka untuk memproses data pasaran masa nyata dan melaksanakan urusniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Ujian: Sebelum menggunakan algoritma di pasaran secara live, ia mesti diuji dengan ketat untuk memastikan ia berfungsi seperti yang diharapkan dalam pelbagai keadaan pasaran. Ini melibatkan pelaksanaan algoritma menggunakan data sejarah dan masa nyata dalam persekitaran yang disimulasi.
  4. Penggunaan: Selepas ujian berjaya, algoritma digunakan dalam persekitaran perdagangan secara live. Pemantauan berterusan adalah penting untuk memastikan ia beroperasi dengan betul dan untuk membuat apa-apa pelarasan yang diperlukan sebagai tindak balas kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah.
  5. Pengurusan Risiko: Pengurusan risiko yang berkesan adalah penting dalam perdagangan algoritma. Ini termasuk menetapkan had renti rugi (stop loss), memantau dedahan pasaran, dan mempelbagaikan strategi trading untuk mengurangkan potensi kerugian.

Kelebihan Perdagangan Algoritma

Kelajuan dan Kecekapan

Algoritma boleh melaksanakan perdagangan sepantas milisaat, jauh lebih cepat daripada trader manusia.

Ketepatan

Meminimumkan kesilapan manusia dalam proses trading, memastikan pelaksanaan urusniaga yang tepat.

Backtesting

Keupayaan untuk menguji strategi trading menggunakan data silam untuk menilai potensi keberkesanannya.

Konsistensi

Algoritma mengikut peraturan yang telah ditetapkan, menghapuskan bias emosi dan psikologi.

Pengurangan Kos

Mengurangkan kos transaksi dengan mengoptimumkan pelaksanaan urusniaga dan meminimumkan kesan pasaran.

Pempelbagaian (Diversification)

Membolehkan trading dilakukan serentak merentasi pelbagai pasaran dan aset, meningkatkan kepelbagaian portfolio.

Trading 24/7

Sistem automatik boleh beroperasi secara berterusan, memanfaatkan peluang-peluang pasaran global.

Bagaimana Perdagangan Algoritma Berfungsi?

Perdagangan algoritma beroperasi melalui sejujuk langkah yang memastikan urusniaga dilaksanakan pada harga terbaik. Berikut kami cerakinkan prosesnya secara ringkas:

  1. Input Data Pasaran: Algoritma ini menerima data pasaran masa nyata, termasuk harga, jumlah, dan pelbagai maklumat lain yang relevan dari pelbagai bursa kewangan.
  2. Penjanaan Signal: Berdasarkan data input, algoritma menganalisis keadaan pasaran dan menjana signal trading. Signal ini menunjukkan peluang membeli atau menjual yang berpotensi berdasarkan strategi trading yang telah ditetapkan.
  3. Pelaksanaan Pesanan: Apabila signal trading sudah terhasil, algoritma akan membuat pesanan di pasaran secara automatik. Ini termasuk pesanan pasaran (market orders), pesanan had (limit orders), atau pesanan dari jenis-jenis lain bergantung pada strategi.
  4. Pengurusan Pesanan: Algoritma sentiasa memantau pasaran dan menguruskan pesanan yang aktif. Ia boleh mengubah suai atau membatalkan pesanan sebagai tindak balas kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah untuk mengoptimumkan perjalanan trading anda.
  5. Pengurusan dan Pemantauan Risiko: Sepanjang proses trading, algoritma melaksanakan langkah-langkah pengurusan risiko, seperti pesanan renti rugi dan had posisi (position limits), untuk mengawal potensi kerugian. Pemantauan berterusan memastikan algoritma beroperasi seperti yang dimaksudkan dan menyesuaikan diri dengan dinamik pasaran.

Soalan Lazim

S1: Apakah risiko yang terkait dalam perdagangan algoritma?

Perdagangan algoritma boleh melibatkan beberapa risiko, termasuk kegagalan teknikal, turun naik pasaran, dan isu kecairan. Algoritma juga boleh bertindak balas terhadap signal palsu, yang membawa kepada urusniaga yang tidak diingini. Pengurusan risiko yang berkesan dan pemantauan berterusan adalah penting untuk mengurangkan risiko ini.

S2: Bolehkah trader individu menggunakan perdagangan algoritma?

Ya, trader individu boleh menggunakan perdagangan algoritma. Walau bagaimanapun, ia memerlukan pemahaman yang kukuh mengenai pengaturcaraan, pasaran kewangan, dan strategi trading. Terdapat juga platform dan perkhidmatan pihak ketiga yang menawarkan penyelesaian perdagangan algoritma untuk trader individu.

S3: Apakah strategi-strategi yang biasa digunakan dalam perdagangan algoritma?

Strategi yang biasa digunakan termasuk strategi mengikut trend, arbitraj, "market making", dan arbitraj statistik. Setiap strategi memanfaatkan aspek data pasaran yang berbeza dan memerlukan algoritma tertentu untuk mengenal pasti dan melaksanakan urusniaga.

S4: Bagaimanakah backtesting membantu dalam perdagangan algoritma?

Backtesting membolehkan peniaga menilai prestasi strategi trading menggunakan data sejarah. Ia membantu menilai daya maju dan daya keuntungan strategi sebelum menggunakannya dalam persekitaran trading secara live.

S5: Apakah peranan kecerdasan buatan dalam perdagangan algoritma?

Kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) meningkatkan perdagangan algoritma dengan membolehkan analisis data yang lebih canggih dan pemodelan ramalan. Algoritma AI boleh belajar dari data sejarah dan menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah, meningkatkan ketepatan dan keberkesanan strategi perdagangan.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.