FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

26 Jul 2023

Analisis teknikal

Pola Double Three dan Triple Three

Double dan Triple Three yang terdiri daripada zigzag, flat, segitiga, double zigzag dan triple zigzag adalah pola-pola gelombang yang paling rumit. Tidak ada sebarang peraturan berkaitan dengan urutan pola-pola pembetulan ini, kecuali kedudukan segitiga dalam struktur-struktur ini.

Apa itu pola Double Three?

Secara mudahnya, ia adalah kombinasi tiga pola pembetulan. Mari kita lihat contoh di bawah:

1.png

Peraturan utama perdagangan Double Three

  • Double Three terdiri daripada tiga gelombang yang ditandakan sebagai W-X-Y
  • Gelombang W boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan, kecuali segitiga
  • Gelombang X dan Y boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan
  • Double Three terbentuk secara mendatar atau dengan satu mendapan (a low dip) melawan trend utama
  • Biasanya, Double Three bukanlah satu pembetulan yang dalam dan jauh.

Kita hanya boleh mengambil kira suatu pembetulan sebagai satu Double Three apabila struktur itu hampir selesai. Dalam erti kata lain, adalah mustahil untuk meramalkan pola ini mulai dari peringkat awal kejadian pembetulan. Oleh itu, jika terdapat sebuah struktur yang memenuhi syarat-syarat Double Three, maka hanya selepas itu boleh kita tentukan sama ada untuk menandakan pola ini.

Penting untuk kita fahami bahawa apabila gelombang X baru sahaja selesai, pembetulan sentiasa boleh tamat dengan beberapa cara. Kita mungkin akan berhadapan dengan suatu impuls, sehinggakan pembetulan berbentuk mendatar. Jika zigzag panjang yang terbentuk, maka ternyata pembetulan tersebut sebenarnya adalah suatu 'double zigzag'. Akhirnya, jika hanya zigzag yang kecil muncul seperti dalam carta di atas, maka kita boleh mempertimbangkan kemungkinan pembentukan pola double three.

Contoh Sebenar

Pola Double Three yang terbentuk daripada beberapa zigzag ditunjukkan pada carta di bawah. Seperti yang anda lihat, gelombang (w), (x) dan (y) adalah zigzag, jadi ia bentuk yang paling mudah bagi pola ini. Ambil perhatian bahawa gelombang (y) hampir menyerupai gelombang (w), jadi pembetulan bergerak hampir mendatar, iaitu ciri penting dalam peraturan Double Three.

2.png

Satu lagi contoh diberikan pada carta seterusnya. Di situ terdapat Pola Double Three dengan gelombang (x) yang besar. Kita juga dapat melihat dengan jelas perbezaan antara Double Three dan Double Zigzag. Gelombang (x) di sini ialah Double ZigZag dengan arah menaik. Gelombang ((iv)) tidak mempunyai arah, oleh sebab itu ia boleh ditandakan sebagai pola Double Three seperti (w)-(x)-(y).

3.png

Mari kita lihat pada carta di bawah. Terdapat dua Double Three dalam gelombang B dan ((x)). Gelombang (y) daripada ((x)) adalah pola flat, bahagian yang paling rumit sekali dalam struktur ini. Manakala, kedua-dua pola Double Three mempunyai arah mendatar (ingat bahawa ini adalah kriteria utama mana-mana Double Three).

4.png

Ada kalanya gelombang X mungkin jauh lebih panjang daripada gelombang W. Seperti yang dapat dilihat pada carta seterusnya, gelombang (x) berakhir di bawah titik permulaan gelombang (w), tetapi kemudian satu zigzag yang menaik muncul dalam gelombang (y). Tambahan lagi, gelombang (a) daripada (x) ialah pepenjuru pemula yang merumitkan lagi perhitungan ini. Oleh demikian, dalam pengiraan gelombang masa nyata, kita boleh membuat anggaran tentang pengakhiran gelombang ((b)) sebagai Double Zigzag hanya selepas gelombang (i) dan (ii) daripada ((c)).

5.png

Apa itu pola Triple Three?

Pola ini lebih panjang daripada Double Three, oleh itu ia dibahagikan kepada lima gelombang yang kesemuanya bergerak secara mendatar melawan trend utama.

6.png

Peraturan-peraturan utama perdagangan Triple Three

  • Triple Three terdiri daripada lima gelombang yang berlabel W-X-Y-X-Z
  • Gelombang W, X dan Y boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan, kecuali segitiga
  • Gelombang kedua X dan Z boleh terdiri daripada mana-mana pola pembetulan
  • Triple Three terbentuk secara mendatar atau dengan mendapan cetek (a low dip) melawan trend utama
  • Biasanya, Triple Three bukan pembetulan yang mendalam.

Triple Three adalah pola yang jarang-jarang berlaku, jadi anda harus cuba mengelak daripada mengiranya dalam masa nyata. Anda boleh melihat contoh pola ini pada carta seterusnya yang menunjukkan gelombang ((b)) sebagai Triple Three. Kita boleh menganggap struktur ini sebagai Triple Zigzag hanya selepas gelombang (z). Sebenarnya, ia boleh dipakai untuk semua pola pembetulan yang lain, oleh itu kita harus sentiasa tunggu sehingga struktur pembetulan terbentuk sepenuhnya sebelum membuat memutuskan kiraan gelombang yang mana yang paling sepadan dengan peraturan Triple Three.

7.png

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi support@fbs.com.

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.