Adakah trading mengikuti trend sesuai untuk saham?
Sama ada anda trade di pasaran saham, komoditi atau Forex, strategi trend menuntut peraturan analisis teknikal yang sama untuk kesemua pasaran tersebut. Trend boleh ditemui pada mana-mana carta, jadi anda boleh mencuba strategi mengikuti trend pada mana-mana instrumen yang anda suka.
Siapakah trader trend yang terkenal?
Trader trend yang sukses telah berjaya menjana berbilion-bilion dolar dengan kemahiran dan taktik perdagangan trend serta pengetahuan mereka tentang struktur pasaran. Kami telah pun menyerlahkan George Soros sebagai salah satu nama besar pendekatan perdagangan trend. Walau bagaimanapun, ada lebih ramai lagi yang boleh kami sebutkan.
Salah satu nama besar lain perdagangan trend ialah Ed Seykota. Beliau salah seorang pedagang yang ditemu bual oleh Jack Schwager dalam "Market Wizards". Dengan hanya $5000 ribu di dalam poketnya, dia berjaya menjana $15 juta dalam tempoh 12 tahun.
Seorang lagi legenda perdagangan trend ialah David Harding, Ketua Pegawai Eksekutif Winton Capital. Dana yang beliau uruskan untuk pelanggan mempunyai aset yang bernilai lebih $30 bilion.
Akhir sekali, anda pasti pernah terdengar tentang wira dalam buku "Reminiscences of a Stock Operator", Jesse Livermore. Sesetengah trader menamakan beliau sebagai pengasas pendekatan mengikuti trend. Pada tahun 1929, beliau mempunyai $100 juta. Dalam nilai wang hari ini, ia kira-kira $1.5 bilion. Firasat pasarannya sangat mengagumkan sehingga dia masih menjadi sumber inspirasi para trader sehingga kini.
Itulah beberapa trader trend yang termasyhur, yang menggunakan kebolehan dan kemahiran mereka untuk membuat wang. Mungkin anda akan menjadi orang yang seterusnya dalam senarai ini!
Bagaimana Cara Membina Strategi Trading Mengikuti Trend
Langkah pertama dalam membina strategi perdagangan yang mengikuti trend adalah amat jelas – anda perlu menentukan arah trend. Anda boleh melakukannya sama ada secara manual atau dengan bantuan indikator.
Orang yang berpengalaman dalam trading boleh mengecam kewujudan trend dalam sekelip mata. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah menyambungkan harga-harga tinggi dan rendah. Anda perlu menyambungkan sekurang-kurangnya dua titik pada carta. Jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi, seorang pedagang mungkin mencadangkan bahawa ia bergerak dalam trend menaik. Begitu juga sebaliknya, jika harga membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah - anda sedang berhadapan dengan tekanan ke bawah, yang kemungkinan akan memulakan trend menurun.

Dalam gambar di atas, kita boleh mengenal pasti trend menurun yang jelas selepas menyambungkan paras-paras tertinggi dan terendah EURUSD yang paling jelas pada carta harian. Harga membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah. Selain itu, harga telah bergerak dalam julat yang dipanggil saluran menurun (descending channel). Dengan kata lain, mengimbangi di antara dua garis diagonal yang membatasi harga di sisi atas dan bawah tanpa terjadi penembusan. Harga telah bergerak dalam saluran ini selama hampir sembilan bulan. Oleh itu, trend menurun dianggap kukuh.
Perdagangan Trend dengan Purata Bergerak
Kebanyakan trader trend lebih suka membina sistem mengikut arah trend daripada menggunakan carta harga secara mentah-mentah. Setup yang kompleks ini termasuk menerapkan indikator teknikal pada carta. Terdapat beberapa indikator yang mengikut arah trend yang boleh membantu anda untuk tujuan itu. Yang paling popular ialah purata bergerak (MA). Terdapat pelbagai jenis purata bergerak: ringkas, eksponen, berwajaran linear, dan terlicin. Setiap jenis purata bergerak ditakrifkan oleh fungsi matematik yang berbeza.
Purata bergerak ringkas (MA) ialah jenis purata bergerak yang paling popular. Ia menunjukkan harga purata untuk tempoh yang sedang dipertimbangkan.
MA Eksponen dan MA Berwajaran Linear mengira harga terkini dengan pekali yang lebih tinggi. Ia cenderung memberikan signal yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, ia memberikan maklumat yang lamban (lagging), jadi sila berhati-hati!
MA Terlicin adalah lanjutan dari MA ringkas. Ia purata bergerak yang paling banyak membersihkan pergerakan harga daripada hingar turun naik harga.
Purata bergerak yang terbaik untuk mengenal pasti arah trend ialah purata bergerak yang ringkas dan terlicin. Trader boleh menetapkan pelbagai tempoh MA yang berbeza untuk menganalisis trend. Biasanya, seorang trader akan menggunakan purata bergerak ringkas 200 tempoh, yang menunjukkan kecenderungan arah pasaran.
Tafsiran klasik strategi perdagangan trend dengan purata bergerak ringkas 200 tempoh adalah mudah. Jika harga bergerak ke sebelah atas purata bergerak, ini menunjukkan momentum ke arah atas. Dalam kes ini, anda perlu mempertimbangkan entri long. Sebaliknya, apabila harga turun ke sebelah bawah SMA 200 tempoh, boleh dikatakan dengan hampir pasti bahawa anda berhadapan dengan trend menurun.

Pada carta harian EURUSD di atas, anda boleh melihat bahawa harga telah membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi apabila ia berada di atas purata bergerak. Dan sebaliknya, ia membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah apabila ia berada di bawah purata bergerak.
Indikator kekuatan trend
Terdapat satu lagi indikator yang mampu berfungsi sebagai pembantu yang hebat apabila bekerja dengan trend. Indeks intensiti trend (TTI) yang dibangunkan oleh M. H. Pee untuk mengukur kekuatan trend di pasaran. Ia membandingkan perkadaran (proportion) harga untuk 30 hari terdahulu di atas atau di bawah purata bergerak 60 hari hari ini.
Pengiraannya berpandukan MA 60 hari semasa dan sisihan bagi setiap hari. Di sini, sisihan ditakrifkan sebagai perbezaan antara harga penutupan dan harga purata. Sisihan ke atas memberikan amaun yang positif sementara sisihan ke bawah memberikan amaun yang negatif. Formula untuk indikator TII kelihatan seperti ini:
Indeks intensiti trend (TII) = (total sisihan ke atas / (total sisihan ke atas + jumlah sisihan ke bawah)) × 100
Indikator Intensiti Trend bergerak di antara 0 dan 100. Jika nilai TII di bawah 50, trend adalah bearish. Apabila ia bergerak berhampiran 20, trend menurun adalah kuat. Sebaliknya, jika TII berada di atas 50, trend adalah bullish. Semakin dekat indikator dengan 80, semakin kuat trend menaik. Anda boleh memuat turun indeks intensiti trend untuk MetaTrader 5 dari laman web rasmi MQL5.

Carta di atas menunjukkan bahawa apabila harga sedang menuju ke atas, indikator berada di atas aras 80. Apabila harga membentuk paras-paras terendah, indikator TII jatuh di bawah paras 20. Kita juga dapat melihat bahawa walaupun ia tampak tepat, indeks intensiti trend ialah indikator yang lamban (lagging). Anda boleh melihatnya dengan melihat pada sempadan kanan segi empat tepat hijau: harga telah menyongsang arah ke sebelah bawah, tetapi indikator masih menunjukkan trend menaik yang kuat. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sebagai alat tambahan untuk mengesan arah trend, tetapi bukan sebagai penjana isyarat.
Garisan Trend dan Pola Carta
Pola carta memainkan peranan yang penting dalam analisis teknikal dan perdagangan trend. Jika seseorang trader trend sudah berpengalaman bekerja dengan pola carta, itu akan membantu mereka meramalkan penyongsangan atau penerusan arah trend. Sesetengah trader membina keseluruhan peraturan sistem trading trend berdasarkan pola carta. Di sini kami akan menjelaskan beberapa yang paling popular.
Pola Head and Shoulders

Pola Head and Shoulder biasanya terbentuk pada penghujung sebuah uptrend. Ia terdiri daripada kepala (puncak kedua dan tertinggi), dua bahu (dua paras tertinggi yang lebih rendah), dan garis leher yang menghubungkan titik-titik terendah pola dan bertindak sebagai aras sokongan. Garis leher (neckline) ini boleh berupa melintang (horizontal) atau boleh juga condong (up/down). Jika harga menembus ke sebelah bawah garisan leher selepas membentuk bahu kedua, pola itu dianggap sahih, dan anda boleh melihat permulaan trend menurun. Pola ini membantu trader trend keluar dari entri long mereka dan bersedia untuk pergerakan menurun baharu.
Sebagai alternatif, terdapat juga pola Inverse Head and Shoulders, yang muncul pada penghujung trend menurun dan menandakan permulaan trend menaik.
Double Top dan Double Bottom

Pola Double Top terdiri daripada dua puncak yang berturutan dengan ketinggian yang sama dengan jarak yang dekat di antara mereka. Pola ini memberi isyarat bahawa arah trend akan berubah daripada menaik kepada menurun. Sama seperti Head and Shoulders, anda boleh melukis garis leher melintasi titik-titik terendah pola ini.
Terdapat juga pola Double Bottom yang meramalkan potensi penyongsangan ke sebelah atas.
Pola Carta Penerusan
Trader yang ingin mengesahkan trend yang kuat akan mendapati pola carta penerusan amat berguna. Terdapat segitiga (triangles), bendera (flags), panji (pennants), baji (wedges), dan segi empat tepat (rectangles). Segitiga dan bendera adalah yang paling mudah dikesan.
Segitiga
Terdapat tiga jenis pola segitiga: menaik, menurun, dan simetri.
Jika anda berhadapan dengan pola menaik, trend menaik mungkin akan berterusan.
Dalam kes pola menurun, anda perlu bersiap sedia untuk trend menurun.
Dalam kes segitiga simetri, kedua-dua bulls dan bears tidak dapat mendominasi pasaran.

Simetri
Dalam gambar di atas, anda boleh melihat contoh pola segitiga simetri. Jika anda membuat satu pesanan pembukaan posisi di atas paras tertinggi yang lebih rendah dan satu lagi di bawah paras terendah yang lebih tinggi, salah satu pesanan anda pasti akan mengena. Jangan lupa untuk membatalkan pesanan yang salah apabila salah satu daripadanya mengena.
Bendera
Pola bendera terbentuk apabila fasa pengukuhan harga mengikuti pergerakan harga yang ketara. Ia terdiri daripada dua garisan selari dan satu tiang bendera. Bendera bullish muncul semasa trend menaik (lihat gambar di bawah). Sebaliknya, bendera bearish menandakan penerusan trend menurun.

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas, bendera bullish ialah pengesahan yang ideal bagi momentum bullish yang selanjutnya. Jika ia muncul di carta, anda perlu meneruskan posisi long anda.