12 Jun 2025

Strategi

Analisis Bar: Dua Entri Mudah

Analisis Bar: Dua Entri Mudah

Pin Bar alias Hammer (Tukul)

Pin Bar adalah candlestick Hammer (Tukul) biasa. Ia mempunyai tubuh (kepala tukul) dan ekor (hulu tukul). Warnanya tidak penting – yang penting bagi kita adalah komposisinya, kerana itu menentukan sama ada ia muncul sebagai signal bullish atau bearish.

Jika tubuhnya berada sebelah atas candlestick, ia signal bullish, memberikan petanda bahawa penyongsangan ke arah atas bakal menyusul jika trend semasa adalah menurun.

Jika badan berada sebelah bawah candlestick, ia signal bearish, dan ia sering muncul sebelum penyongsangan trend ke arah bawah jika trend semasa adalah menaik.

Pin Bar/Hammer (Tukul)

Entri

Ada tiga kaedah mudah untuk memasuki pasaran berdasarkan Pin Bar/Hammer.

  • Entri dengan pesanan Pasaran. Buka posisi anda pada harga semasa, di aras yang terletak dalam julat tubuh candlestick (kepala tukul).

  • Entri dengan pesanan Limit. Letakkan pesanan Limit anda pada aras harga di sekitar titik tengah (50%) julat ekor/hulu tukul.

  • Entri dengan Pesanan Stop. Letakkan pesanan Stop jual/beli tepat di bawah/di atas hujung candlestick.

Imej di bawah menunjukkan lokasi aras bagi setiap jenis entri.

Penting: pastikan Pin Bar/Hammer sudah lengkap terbentuk sebelum anda memasuki pasaran.

Pesanan jual, pesanan beli

Inside Bar

Inside Bar merujuk pada formasi dua candlestick di mana tubuh dan bayang-bayang satu palang berada sepenuhnya dalam cakupan julat bar yang lain. Lihat imej di bawah: bar kedua dicakup sepenuhnya oleh bar yang pertama.

Inside Bar

Entri

Secara idealnya, anda akan temui Inside Bar sama ada di bawah aras sokongan taktikal (dalam kes bearish) atau di atas aras rintangan (kes bullish). Kedua-dua senario menunjukkan bahawa formasi Inside Bar mengesahkan aras yang sedang ditembusi, jadi adalah munasabah dan wajar untuk membuka posisi.

Dalam contoh di bawah, anda boleh lihat bagaimana trend bergerak dengan agak perlahan ke bawah. Namun selepas Inside Bar, ia terus meluru ke bawah. Dalam senario ini, anda akan membuka suatu pesanan jual selepas formasi Inside Bar lengkap terbentuk di mana-mana aras harga di dalam julat bar yang pertama.

Pesanan jual

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pola-pola candlestick dan cara menggunakannya dalam trading anda sehari-hari, tinjau semua kursus analisis candlestick kami:

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.